fbpx

Kapal MT Pablo masih tidak selamat, SAR diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tangki MT Pablo yang terbakar dalam satu kejadian di Kota Tinggi, kelmarin masih belum selamat untuk dinaiki.

JOHOR BAHRU – Kapal tangki MT Pablo yang terbakar kira-kira 50 peratus dalam satu kejadian di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi kelmarin masih belum selamat untuk dinaiki.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, keputusan itu dibuat penilaian tahap keselamatan kapal berkenaan dilakukan pagi tadi.

“Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Laut Malaysia telah membuat penilaian tahap keselamatan kapal MT Pablo pagi tadi dengan menaiki pesawat AW139,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi kru kapal berkenaan yang masih hilang diteruskan kepada tujuh sektor dengan keseluruhan keluasan 371 batu nautika persegi.

“SAR melibatkan sebuah aset udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama dua buah bot ronda Maritim Malaysia, dua buah kapal dan sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia, sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua buah kapal dari Jabatan Laut Malaysia,” jelasnya.

Semalam, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dipetik berkata, tiga kru melibatkan dua warga India dan seorang warga Ukraine masing-masing Satyam Tripathi, 26; Dinesh Kumar Chauhan, 34, Sabit Shenderovsky, 37 dipercayai masih hidup – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI