fbpx

Jadi seekor kucing, Doja Cat hanya mengiau ketika ditemubual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI rap Doja Cat memilih untuk memberi penghormatan kepada kucing kesayangan mendiang Karl Lagerfeld bernama Choupette pada acara fesyen ternama Met Gala 2023.

BANYAK perihal aneh yang berlaku pada acara fesyen terkemuka dunia, Met Gala 2023 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat, semalam.

Antara yang mencuri tumpuan adalah gelagat penyanyi rap sensasi, Doja Cat yang memilih untuk memberi homage atau penghormatan kepada kucing ikon fesyen, mendiang Karl Lagerfeld bernama Choupette.

Ketika acara berlangsung, pelantun lagu Woman itu mengenakan dres berona putih dengan telinga wajah dan telinga seakan-akan kucing ‘elit’ tersebut.

Menjadi antara selebriti yang paling menjadi sebutan ramai pada majlis tersebut, Doja atau nama sebenarnya, Amala Ratna Zandile Dlamini turut mencetuskan situasi menggelikan hati ketika diwawancara seorang pemberita yang bertugas.

Ketika ditemubual, Doja menjawab soalan yang diutarakan media dengan hanya mengiau seperti seekor kucing sepanjang proses wawancara.

“Saya di sini bersama dengan seseorang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia ialah Doja Cat. Dia dah sampai di sini (Met Gala),” ujar pemberita itu.

Doja hanya membalas saling tak tumpah seperti seekor kucing berbunyi: “Meowwwwwwwwwwww.”

Doja turut ditanya tentang rekaan siapa yang digayakannya di Met Gala 2023 dan soalan berkaitan lain, dia hanya mengiau sepanjang masa.

Met Gala 2023 mengangkat tema yang memberi penghormatan kepada mendiang Karl iaitu Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty.

Selain Doja, antara selebriti ternama lain yang hadir di Met Gala 2023 adalah seperti Rihanna, Lil Nas X, Glenn Close, Dua Lipa, Kim Kardashian, A$AP Rocky dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI