fbpx

Hobi Hye-Sun beri pinjaman duit pada kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOO HYE-SUN

PELAKON Goo Hye-sun berkongsi pengalaman yang memberikan kesan dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut dilakukan dalam video YouTube 1q60 berjudul Outsider Court apabila ditanya mengenai hobinya.

Hye-sun membuka cerita dengan menyatakan pengalaman meminjamkan duit kepada rakannya ketika masih muda.

“Ketika saya debut, pendapatan saya kian meningkat dan ramai orang meminjam wang daripada saya.

“Saya tidak boleh menolak dan meminjamkan wang tersebut kepada sesiapa yang meminta.

“Saya fikir saya seorang mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya dalam sebuah temu bual.

Dia turut berkongsi kisah perlu membayar yuran pengajian rakannya.

Walau bagaimanapun, apabila menyedari bahawa mereka tidak membayar balik, dia berhenti meminjamkan wang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI