fbpx

Empat lagi pelatih TUDM dikesan jadi mangsa buli – polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa menjadi mangsa pukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lalu.

Difahamkan, keempat-empat pelatih itu mendedahkan perkara tersebut sewaktu disiasat berhubung kes buli yang dilaporkan oleh keluarga seorang pelatih lebih awal.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan laporan perubatan.

“Siasatan setakat ini turut mendapati ada empat lagi pelatih kursus latihan sama dipukul dalam kejadian itu. Setakat ini, enam orang suspek sudah dikenal pasti dan sudah dipanggil bagi tujuan siasatan kerana disyaki terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ramli turut memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakamkan percakapan saksi bebas.

“Kita turut mendapatkan laporan penuh perubatan terhadap mangsa-mangsa yang mendakwa dibuli bagi melengkapkan siasatan. Bagaimanapun kita harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Kelmarin, tular di media sosial Twitter mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.

Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI