fbpx

Diramal akan bercerai, Rizky Billar berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY BILLAR DAN LESTI KEJORA

PELAKON dan pengacara sensasi Rizky Billar sekali lagi naik berang apabila ada pihak menyebarkan ramalan buruk terhadap rumah tangganya.

Suami kepada penyanyi dangdut, Lesti Kejora itu menasihati netizen agar tidak mempercayai ramalan masa depan yang dianggap memesongkan akidah umat Islam.

“Istighfar ibu, jangan percaya ramalan. Salah satu dosa yang tidak diampuni itu adalah syirik!” tulisnya.

Kata Billar, pihak yang mengeluarkan ramalan buruk tentang rumah tangganya hanya mengambil peluang untuk meraih populariti.

“Jika pandai buat ramalan sudah pasti ramai yang senang masuk senarai Forbes. Lebih baik buat ramalan saham atau ‘forex’ lebih bermanfaat,” katanya.

Reaksi Billar membuktikan rumah tangga yang dibina bersama Lesti berada dalam keadaan baik selepas terkait isu keganasan rumah tangga tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI