fbpx

Derita bapa tunggal besarkan anak hidap penyakit usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT NOH bersama anaknya Mohd. Adam yang menghidap penyakit usus di rumahnya di Felda Kota Gelanggi, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Seorang kanak-kanak, Mohd. Adam Mat Noh, 4, tidak seperti insan lain yang menghabiskan zaman kanak-kanak dengan ceria bermain bersama rakan-rakan kerana menderita apabila sebahagian usus perutnya ‘terkeluar’ dan dibantu dengan pema­kaian beg stoma untuk membuang najis.

Penderitaan Mohd. Adam yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu amat perit ditanggung bapanya, Mat Noh Mohamad, 54, seorang duda berstatus orang kelainan upaya (OKU) ke­rana mengalami tulang paha yang pendek.

Mat Noh berkata, penyakit anaknya dikesan sejak lahir apabila anggota dalaman itu pendek dan tersumbat serta tidak dapat membuang najis melalui dubur.

“Anak saya menjalani pembedahan usus kali pertama di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dua tahun lalu bagi membolehkan dia membuang najis,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selepas pembedahan, keadaan kesihatan Mohd Adam masih tidak berubah dan usus masih tidak berfungsi de­ngan baik dan sebahagian ususnya dibiarkan keluar dengan pemakaian beg stoma.

Mat Noh berkata, keadaan kehidupannya selepas berpisah dengan isteri tiga tahun lalu memberikan kesan kepada dua orang anak yang dijaganya.

“Saya berhenti kerja selepas berpisah dengan isteri untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada Mohd. Adam.

“Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi ia cuma cukup untuk ke­perluan dapur,”katanya.

Tambahnya, dia berharap JKM dapat memberikan bantuan bulanan kepada anaknya sekurang-kurangnya untuk belanja membeli tiga kotak beg stoma bernilai RM450.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Mat Noh Mohamad di talian 017-930 5176 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06004-41-00010494-6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI