fbpx

Cuaca panas: Pelajar tidak diwajibkan pakai tali leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah untuk tidak mewajibkan pemakaian tali leher semasa cuaca panas bagi memberi keselesaan kepada golangan itu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama, pihaknya juga memberi memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan komplikasi kesihatan.

“Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta kumpulan pelaksana.

“KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan kumpulan itu semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan.

“Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba memudaratkan kesihatan,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI