fbpx

AmBank tawar pembiayaan untuk Taman Industri Ideal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yap (enam dari kiri) bersama Alex (lima dari kanan) pada majlis menandatangani kerjasama di Taman Teknologi Pulau Pinang, Bertam baru-baru ini.

PETALING JAYA – AmBank bakal menawarkan pakej pembiayaan istimewa kepada pembeli akhir Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, yang dibangunkan oleh Ideal Property Group (Ideal Property).

Taman perindustrian lestari itu, sebahagiannya dibiayai oleh AmBank, dilengkapi perkhidmatan pakar tenaga solar untuk semua bangunan kilang dan menggabungkan sistem pengurusan air hujan serta air sisa dalam pembangunan seluas 356 hektar.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, Ideal Property mempunyai rekod prestasi yang sempurna sebagai salah satu pemaju terkenal di Pulau Pinang.

“Kami teruja untuk menjadi bank pertama yang menyediakan pakej pembiayaan akhir yang tersendiri kepada pelanggan Ideal Property kerana lebih banyak syarikat sedang meninjau untuk mencapai kecekapan sumber dan mengamalkan amalan perniagaan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Yap menerangkan, melalui sokongan yang diberikan terhadap taman perindustrian lestari dan menawarkan pakej pinjaman kepada nilai yang tinggi kepada pembeli akhir, AmBank berharap, dapat menyelaraskan fokusnya dalam inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menunjukkan komitmen untuk menggalakkan pembangunan lestari serta amalan pelaburan bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Ideal Property, Tan Sri Alex Ooi Kee Liang berkata, kerjasama ini akan membantu pihaknya mencapai matlamat bersama untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pembangunan lestari di wilayah ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI