fbpx

Abdul Hadi, pemimpin Pas tandatangan Proklamasi Orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika menandatangani Proklamasi Orang Melayu di kediaman Mahathir.

PETALING JAYA – Beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut dikongsi oleh pembantu Mahathir, Abu Bakar Yahya di Facebook hari ini.

Video pertemuan itu berserta komen ringkas daripada Abdul Hadi turut dikongsi di laman Facebook ‘Proklamasi Orang Melayu’.

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia – tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” katanya.

Turut hadir menandatangani proklamasi itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI