fbpx

Tol percuma pada musim perayaan tidak selesaikan kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian tol itu tidak mampu menyelesaikan masalah kerana kesesakan tetap berlaku.

“Ketika perayaan Aidilfitri baru-baru ini, kerajaan putuskan tol percuma diberikan kepada kenderaan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan, malah kita lihat ia berlaku.

“Oleh demikian tentu ada beberapa kaedah penyelesaian kepada masalah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya di sini hari ini.

Katanya, kerajaan mengakui kesesakan jalan bukan hanya berlaku di sekitar Lembah Klang sebaliknya turut berlaku setiap musim perayaan.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma Rahmah kepada semua kelas kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar dilaporkan berkata, tol percuma itu melibatkan 33 buah lebuh raya bagi semua kelas kenderaan bermula dari 19 hingga 21 April lalu termasuk 24 April. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI