fbpx

Tiga rakan masuk gaung gara-gara anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Iriz dinaiki tiga rakan selepas terlibat dalam nahas di Jalan Lendu, Masjid Tanah, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Tiga rakan nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter gara-gara cuba mengelak seekor anjing di Jalan Lendu, Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 21, 23 dan 25 tahun dikejarkan ke Hospital Alor Gajah selepas mengalami kecederan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iriz dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Alor Gajah.

“Setiba di lokasi, kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun itu cuba mengelak seekor anjing yang tiba-tiba muncul, namun telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kanan jalan dan terjunam masuk ke dalam gaung.

“Kenderaan mereka kemudian merempuh sebatang pokok dan tersangkut di cerun sedalam tiga meter dari laluan besar,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Katanya, dua daripada mangsa bekerja di sebuah kilang yang sama, manakala seorang lagi bekerja sendiri.

“Semua mangsa terselamat, namun mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut.

“Siasatan pegawai penyiasat di tempat mendapati lokasi berlaku di laluan berselekoh dan tiada saksi bebas tampil memberi keterangan untuk siasatan,” katanya.

Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI