fbpx

‘Terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ Ahmad Dusuki menitipkan pesanan buat pelakon Alya Iman bahawa bertudung hanya untuk acara tertentu adalah sifat hipokrit sebenar.

PETALING JAYA – Pendakwah terkemuka yang juga penceramah motivasi, Ustaz Ahmad Dusuki menitipkan pesanan buat pelakon Alya Iman bahawa mendedahkan aurat buat tatapan umum sebenarnya adalah sesuatu yang bersifat hipokrit.

Ahmad Dusuki atau nama sebenarnya, Ahmad Dusuki Abdul Rani memberi analogi bahawa bertudung pada acara tertentu adalah sifat hipokrit sebenar-benarnya.

“Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit. Mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat?

“Mengapa saat kalian menjadi mayat kalian ditutup aurat untuk mengadap Allah? Tiba-tiba sekarang baru menyebut tidak mahu digelar manusia hipokrit,” coretnya menerusi satu hantaran status Facebook.

Getus graduan Universiti Al-Azhar Mesir itu, bulan Ramadan lalu sepatutnya menjadikan seseorang lebih baik bulan berikutnya namun lain yang terjadi buat segelintir wanita.

“Tidakkah Ramadan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik? Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yangg soleh itu sehingga sanggup melakukan dosa besar sebegini.

“Sampaikan salam kepada sesiapa sahaja yang terkejar-kejar glamor dunia ini. Katakan kepada mereka, malaikat maut sedang mengejar!,” tulis Ahmad Dusuki lagi.

Terdahulu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan pendedahan anak kepada legenda seni tanah air, Allahyarham Azmil Mustapha yang mengaku tidak lagi bertudung pada 1 Syawal lalu.

Alasan diberikan wanita berusia 22 tahun itu tidak lagi bertudung adalah kerana tidak mahu dilihat hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI