fbpx

Suami menang saman isteri curang bersama teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut mendakawa isterinya melanggar hak-hak perkahwinan mereka dengan curang kepadanya. – iStock

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan menerima pampasan 534,350 dolar Taiwan (RM77,385) daripada isterinya dan rakan sekerja wanita berkenaan selepas dia menemui gambar intim serta mesej perbualan mencurigakan oleh mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Menurut laman berita CTWANT,  lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menyaman pasangan tersebut kerana mengakibatkan dia mengalami  tekanan emosi. Si suami pada awalnya meminta ganti rugi 2.6 juta dolar Taiwan (RM376,532).

Berdasarkan dokumen mahkamah, pasangan suami isteri itu berkahwin pada November 2013 dan memiliki dua orang anak.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian mendapat tahu bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga rakan sekerjanya.

Beberapa gambar yang dikemukakan menunjukkan mereka bercuti bersama, berpegangan tangan dan berkucupan. Menurut lelaki berkenaan, semua tingkah laku mesra itu membuktikan isterinya telah melanggar hak perkahwinan mereka.

Dalam kenyataan pembelaan, si isteri mendakwa bahawa gambar-gambar itu dimuat turun daripada album dalam sistem penyimpanan ‘cloud’  tanpa pengetahuannya. Wanita itu juga menuduh suaminya mengakses komputer tabletnya tanpa kebenaran.

Wanita itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan suaminya telah  melanggar hak privasi, menyebabkan bahan bukti itu tidak boleh digunakan di mahkamah.

Ujarnya lagi, rakannya itu hanya sekadar teman rapat di tempat kerja. Semua tingkah laku  mereka termasuk berpegangan tangan dan berkucup dilakukan dalam batas normal selain menegaskan bahawa mereka tiada hubungan seksual.

Selepas meneliti bukti-bukti yang dikemukakan, hakim memutuskan bahawa semua tindakan itu melampaui batasan  persahabatan normal.

Perbualan intim mereka seperti ‘suamiku, saya cintakan kamu,’ juga dilihat melebihi persahabatan sesama jantina.

Hakim  menolak hujah si isteri dan memerintahkan agar kedua-dua defendan membayar pampasan  534,350 dolar Taiwan (RM77,385) kepada plaintif. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI