PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rasa sedih apabila barang mentah yang disimpan di dalam peti sejuk rumahnya rosak kerana sumber elektrik terputus.
“Dugaan balik cuti selepas raya,” katanya.
Menerusi klip video yang dikongsi Lehashop123 di TikTok memaparkan keadaan peti sejuknya yang dipenuhi barangan makanan yang telah rosak.
Jelasnya, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.
“Allahuakhbar, tak tahu bila lagi ‘blackout’ sebab macam dah lama.
“Ada banyak stok dalam peti, masuk rumah memang bau kuat sangat. Buka peti menangis. Bukan satu, tapi tiga peti ais,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman serupa seperti Leha.
“Saya pernah jadi macam ini. Balik kampung sebulan sebab ‘husband outstation’. ‘Husband pulak pergi matikan suis utama. Terlupa katanya,” kata Nurul Fatiemah.
“Samalah saya, rumah ‘blackout’ masa cuti raya tapi dapat kesan sebab CCTV dah tak ‘connect’. Memang tawakal sajalah. Paling sayang susu-susu perahan anak semua kena buang,” ujar Kiah.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 200,000 tontonan dan 2,298 tanda suka. – KOSMO! ONLINE