fbpx

Remaja OKU hilang lima hari ditemui selamat di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Adriana Natasya ditemui selamat di rumah rakannya di Hutan Melintang, Perak.

KLANG – Kehilangan seorang remaja perempuan sejak lima hari lalu dari kediamannya di Meru di sini, berakhir apabila ditemui di rumah rakannya di Hutan Melintang, Perak hari ini.

Remaja dikenali Nur Adriana Natasya Noor Sazli berusia 17 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu dijumpai dalam keadaan sihat oleh ahli keluarganya, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja tersebut kira-kira pukul 3.57 petang pada 29 April lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah tiga kali melarikan diri dan berjaya ditemui semula sebelum ini.

“Dalam kesemua kejadian itu, remaja itu telah melarikan diri ke rumah kawannya untuk mencari ketenangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, polis terdahulu telah berusaha mengesan mangsa yang pada mulanya berada sekitar Ampang dan Damansara.

Ujarnya, berdasarkan hasil maklumat awam remaja itu telah dijumpai di Hutan Melintang, Perak dalam keadaan baik dan sihat.

“Bagaimanapun, kita akan membuat pemeriksaan hospital terhadap remaja itu terlebih dahulu sekiranya terdapat perbuatan jenayah kepada mangsa,” jelasnya.

Kosmo! semalam, melaporkan seorang remaja perempuan OKU dilaporkan hilang di rumahnya di Meru, Klang sejak 28 April lalu selepas pulang beraya bersama keluarga di Perak. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI