fbpx

Priyanka pernah makan dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

PELBAGAI dugaan dilalui aktres Bollywood, Priyanka Chopra ketika mula-mula mencuba nasib di Amerika Syarikat sekitar 2015.

Biarpun mempunyai nama yang kuat di India, Miss World 2000 perlu menunjukkan prestasi setanding dengan selebriti lain untuk bertapak di Hollywood.

Akui isteri kepada Nick Jonas itu, pada tahun-tahun awal berhijrah ke negara Uncle Sam, dia berhadapan masalah kurang keyakinan diri melihatkan persaingan sedia ada.

Biarpun dapat bekerja dalam siri popular, Quantico membawakan watak Alex Parrish siaran ABC, kelebihan dimiliki masih belum mampu memadamkan perasaan negatif sukar adaptasi dengan persekitaran.

Tidak hairan apabila perasaan sebegitu pernah membuatkan Priyanka gemar menyendiri sehingga pernah membuat keputusan makan di dalam tandas.

Kini situasi sudah berubah, aktres berusia 40 tahun itu sentiasa bekerja keras untuk mengukuhkan nama di Hollywood sekali gus membanggakan India.

Ibu kepada seorang anak itu turut mendedahkan, dia harus menjalani proses membekukan telur sebagai persediaan menjadi ibu ketika menjalani penggambaran siri Quantico.

Pada ketika itu, Priyanka percaya dia perlu melakukan sesuatu memandangkan pada waktu tersebut belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Selepas berkahwin dengan Nick pada 2018, mereka menimang cahaya mata perempuan yang dinamakan Malti Marie Chopra Jonas tahun lalu menerusi teknik ibu tumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI