fbpx

Orang Asli bimbang, telaga tandak hampir kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Orang Asli menadah air hujan di hadapan rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir dekat Gua Musang.

GUA MUSANG – Musim kemarau menyebabkan air tandak yang menjadi sumber kegunaan 500 masyarakat Orang Asli suku kaum Mendriq dan Bateq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini semakin kering.

Seorang penduduk, Halim Lilin, 60, berkata, sumber air tandak yang disalurkan dari kawasan bukit ke rumahnya juga hampir kering.

Ekoran itu katanya, dia terpaksa menadah air hujan.

“Ada penduduk juga membeli air mineral kerana bimbang air tandak sudah kering,” katanya.

Hamzah Pucuk, 60, pula berkata, cuaca panas ketika ini menyebabkan penduduk terpaksa mengehadkan aktiviti pertanian di kawasan kebun atau masuk ke hutan.

Katanya, mereka hanya mela­kukan kerja di kebun sehingga pukul 11 pagi kerana tidak mahu terdedah dengan cuaca panas.

“Air dalam bukit pun dah hampir kering sehingga kita pun susah untuk mandi,” katanya.

Rose Bolek, 49, berkata, kebanyakan masyarakat Orang Asli berkurung di dalam rumah kerana tidak tahan cuaca panas ter­utama pada waktu tengah hari.

“Hujan jarang turun ketika ini dan kami terpaksa pergi ke Su­ngai Lebir untuk mandi kerana air tandak hampir kering.

“Kami berharap ada pihak sudi menyalurkan bantuan bekalan air bersih terutamanya untuk kami minum dan memasak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI