fbpx

Noh pernah bodek Najib untuk jadi menteri – Isham Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar pernah membodek bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ingin menjadi menteri.

Isham Jalil melalui kenyataan di Facebook miliknya hari ini turut mendakwa, bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu juga pernah berbuat demikian ketika beliau menjadi pengawai di Jabatan Perdana Menteri.

“Semalam Noh Omar kata orang UMNO kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar.

“Dulu seingat saya semasa dia ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib dan sampai saya pun dia bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Bekas Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Noh seolah-olah lupa jasa UMNO kepada beliau.

Jelas Isham, bekas pemimpin UMNO itu menghina parti hanya kerana mahu bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

“Dulu UMNO yang angkat dia (Noh) sebagai wakil rakyat sehingga jadi menteri. Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat dari UMNO dia sudah mula kutuk dan caci UMNO umpama kacang lupakan kulit. Hanya kerana dia ingin bertanding pilihan raya lawan UMNO.

“Saya ingin ingatkan Tan Sri Noh Omar, UMNO banyak berjasa kepada kamu, jangan lupa itu,” jelasnya.

Terdahulu, Noh mendakwa UMNO kini hanya ditunjangi oleh kaki bodek dalam parti itu yang tewas dalam pemilihan parti.

Noh memetik nama dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dan Datuk Lokman Nor Adam yang tewas dalam pemilihan bahagian parti baru-baru ini.

Noh turut mengesahkan yang dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket PN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI