fbpx

Lelaki ditahan pindah milik tanah orang telah mati guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditahan selepas bersubahat dengan pegawai sebuah jabatan kerajaan dalam pindah milik tanah individu yang telah meninggal dunia menggunakan dokumen palsu.

Suspek lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira pukul 1.55 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, kegiatan suspek pada tahun lalu itu terbongkar selepas waris pemilik tanah itu mengesahkan penama yang merupakan bapanya telah pun meninggal dunia.

Katanya, tanah tersebut juga tidak pernah dipindah milik kepada mana-mana pihak.

“Suspek dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan di sebuah daerah di Selangor bagi urusan itu.

“Tanah milik seorang individu yang telah meninggal dunia telah dipindah milik kepada seorang individu lain tanpa pengetahuan waris pemilik tanah berkenaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Jelas beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi esok bagi proses reman. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI