fbpx

Kilang tutup sementara kerana Aidilfitri punca bekalan gula kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin bercakap pada sidang akhbar berhubung isu bekalan gula di pantai timur di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 1. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Isu bekalan gula paket satu kilogram (kg) ‘terputus’ di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terjadi kerana penutupan sementara kilang MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang susulan sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, gangguan bekalan hanya berlaku di Kelantan dan beberapa lokasi di Terengganu, tetapi tidak melibatkan negeri-negeri lain.

“Namun begitu, kedua-dua kilang MSM ini telah beroperasi semula pada 25 April yang lalu. Bekalan gula telah diperolehi secara berperingkat melalui pemborong-pemborong utama negeri-negeri terbabit.

“Semalam, KPDN Kelantan telah mengambil langkah untuk mengedarkan bekalan gula paket sekilogram sebanyak 250,000 kilogram yang ada dalam simpanan pemborong utama di Kelantan kepada pemborong serta peruncit terjejas,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Salahuddin, terdapat lapan pemborong utama gula di Kelantan yang mana mulai Sabtu lalu sehingga semalam, empat pemborong utama gula telah menerima sebanyak 140.72 metrik tan gula daripada MSM.

Jelas beliau, bekalan baharu yang diterima itu akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan KPDN Kelantan.

“Selain itu, KPDN turut bekerjasama rapat dengan dua pengilang utama negara iaitu MSM dan CSR bagi memastikan isu gangguan bekalan ini diatasi dengan segera di negeri yang terbabit.

“KPDN akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan diatas situasi yang berlaku atau melanggar mana-mana peruntukan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiarinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI