fbpx

Kertas Putih Kesihatan perlu sokongan peringkat Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Radzi (depan, tengah) hadir pada Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Peringkat Son Utara di Dewan Sri Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya Kertas Putih Kesihatan mendapat sokongan terutama di peringkat Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen Jun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, cadangan mengenai penambahbaikan Kertas Putih tersebut sedang dilaksanakan.

“Kita cadangkan supaya Kertas Putih ini mendapat sokongan terutama di peringkat Kabinet dan seterusnya seluruh masyarakat dan juga kepelbagaian kaum.

“Kena bersatu untuk kita menengahkan Kertas Putih Kesihatan ini. Kita jangka ia dibawa ke Parlimen pada bulan Jun nanti,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Peringkat Zon Utara yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Fazilah Shaik Allaudin dan mantan Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam.

Sesi town hall ini merupakan platform untuk KKM bersama masyarakat setempat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan berkaitan masa depan sistem kesihatan negara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tumpuan dalam penambahbaikan Kertas Putih Kesihatan itu adalah melibatkan dasar atau empat tonggak penting antaranya perkhidmatan kesihatan.

“Kita tahu banyak masalah dihadapi iaitu kesesakan di wad kecemasan, pusat kesihatan dan sebagainya. Kita hendak menangani isu tersebut.

“Kedua, hendak mengubah konsep masyarakat kepada ke arah strategi pencegahan. Ketiga, kita hendak menambahbaik pembiayaan kesihatan yang sekarang ini kita tidak dapat menampung perbelanjaan yang tinggi dan akhir sekali yang penting iaitu tadbir urus, menjadikannya lebih cekap dan efisien,” ujarnya.

Kertas Putih Kesihatan atau Health White Paper merupakan inisiatif kerajaan membangunkan dan membentang Kertas Putih Kesihatan sebagai inisiatif menambahbaik sistem kesihatan Negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI