fbpx

Ibu bapa mengeluh beg sekolah berat 10 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa mengeluh beg sekolah berat 10 kilogram

TOKYO –  Masalah beg galas sekolah yang berat sekali lagi membebankan bahu murid apabila  tahun baharu persekolahan bermula  di Jepun, demikian menurut kaji selidik  yang didedahkan oleh portal berita The Mainichi. 

Menurut tinjauan oleh sebuah syarikat di Tokyo, purata berat beg sekolah mengandungi buku teks dan barangan lain adalah lebih 4 kilogram, malah ada yang melaporkan berat beg sekolah melebihi 10 kilogram.

Hampir 30 peratus kanak-kanak yang ditinjau mendedahkan  bahawa mereka berasa sakit pada badan. Beberapa kerajaan tempatan telah lama menggesa berat beg sekolah dikurangkan dengan mengamalkan ‘okiben’  iaitu cara konvensional dengan meninggalkan buku teks di sekolah.

Bagaimanapun, ramai murid masih membawa pulang buku teks masing-masing.

Bagi seorang murid gred satu di Kobe, punggungnya disembunyikan oleh beg galas sekolah sambil ibunya mengulas sambil tersenyum masam dengan berkata: “Seolah-olah beg galas berjalan sendiri.”

Menurut tinjauan melibatkan murid gred satu hingga tiga oleh syarikat Footmark Corp. iaitu pengeluar pakaian renang sekolah,  purata berat beg galas sekolah dengan barang di dalamnya meningkat daripada 3.97 kilogram dalam tahun 2021 kepada 4.28 kilogram pada 2022.

Sesetengah keluarga di Jepun berkata,  beg galas anak mereka  boleh mencapai berat lebih 10 kilogram. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI