fbpx

Hujan lebat di seluruh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap seluruh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia berkata, ribut petir dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Melaka.

Seterusnya, cuaca sama diramal bagi negeri Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Sementara di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) manakala Selangor (Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Hujan lebat bakal melanda tiga negeri Pantai Timur iaitu di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Tambahnya, angin kencang turut dijangka di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin) manakala di Johor (Segamat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak, sekitar Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) manakala bagi Sabah di kawasan Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan), -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI