fbpx

Hotel Jepun dikecam kacau minuman guna tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja menggunakan tangan kosong untuk mengacau air tersebut. – Oddity Central

TOKYO – Sebuah hotel popular di Jepun membuat permohonan maaf terbuka selepas tindakan pekerjanya merendam tangan ke dalam minuman citrus menerima banyak kecaman, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Hotel AWA Nishiizu di Numazu, wilayah Shizuoka, dikecam  kerana merisikokan kesihatan pelanggan dengan melanggar peraturan kebersihan.

Pada 23 April lalu, program televisyen tempatan, Beat Takeshi’s TV Tackle mendedahkan bahawa ramuan berwarna oren yang disimpan di dalam balang plastik di kafe hotel tersebut sebenarnya sirap diperbuat daripada limau mandarin yang diperah serta gula.

Namun, rahsia  bahan tersebut adalah proses penapaian yang menggunakan bakteria daripada tangan manusia.

Menurut seorang kakitangan yang ditemu ramah, sirap tersebut ditapai dengan bantuan bakteria yang hidup pada tangan manusia, justeru, mereka menggunakan tangan kosong untuk mengacau air tersebut. 

Seorang kakitangan lain kemudian menjelaskan bahawa sirap tersebut biasanya dicampur dengan air dan soda untuk menghasilkan ‘minuman kesihatan’. Ia biasanya diminum kira-kira 15 minit sebelum mandi untuk mendapatkan kesan detoks.

“Terdapat Staphylococcus aureus dan bakteria lain yang biasanya hidup pada tangan kita, ia boleh menyebabkan keracunan makanan,” kata seorang pengguna Twitter.

Selepas insiden itu menjadi kontroversi, pengendali Hotel AWA Nishiizu membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa minuman tersebut tidak lagi dihidangkan di hotel tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI