fbpx

Cuaca panas: Murid, guru dibenarkan pakai baju sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan memakai pakaian atau baju sukan yang sopan di sekolah, mengambil kira keadaan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Perkara itu dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberikan kebenaran khas tersebut menerusi satu surat kepada semua ketua bahagian dan pengarah pendidikan negeri berhubung kebenaran khas tersebut.

Berdasarkan surat yang dikongsikan pada Facebook NUTP Malaysia (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia), kebenaran khas tersebut tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian atau baju sukan masing-masing.

“Datuk, Dato’, tuan, puan perlu mengingatkan pengetua dan guru besar bawah pentadbiran masing-masing supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.

“Kerjasama adalah dimohon untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah bawah pentadbiran Datuk, Dato’, tuan, puan,” menurut surat yang diedarkan itu.

Dalam surat tersebut menyatakan, KPM sentiasa menitik berat penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara.

“Fenomena ini merupakan keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tidak tetap (irrigular). Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi,” kata surat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI