fbpx

Bukan bumiputera tidak sertai ATM kerana gaji rendah, disiplin tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman memeriksa perbarisan sempena Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-29 di Kem Perdana Sungai Besi. -Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat menyifatkan pendapatan rendah menjadi antara faktor mengapa warga tempatan bukan bumiputera tidak berminat dengan kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata, mereka juga merasakan sukar untuk mengadaptasikan dengan disiplin ketat anggota tentera yang dilihat tegas dan dikawal dengan ketat.

“Saya percaya puncanya faktor kewangan, bukan sahaja dalam tentera tetapi agensi (kerajaan) yang lain turut mengalami kekurangan pekerja bangsa Cina dan India, tidak banyak.

“Ditambah pula hati perlu cekal dalam tentera, kita terikat dengan peraturan dan undang-undang tentera, mereka mungkin tidak mahu dikawal dengan keadaan tertentu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata tidak sampai tiga peratus daripada bukan Bumiputera menyertainya perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI