fbpx

Abhishek halang Aishwarya berlakon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABHISHEK DAN AISHWARYA RAI

PASANGAN sensasi Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai sentiasa menjadi perhatian paparazi dan peminat walau di mana sahaja.

Terbaharu,  anak kepada pelakon legenda, Amitabh Bachchan itu melayangkan ucapan tahniah atas kejayaan filem baharu isterinya yang berjudul Ponniyin Selvan 2.

Ucapan menerusi aplikasi Twitter itu terus menuai pelbagai reaksi, termasuk membabitkan permintaan peminat supaya Abhishek memberi pelepasan kepada isterinya menyahut lebih banyak tawaran lakonan.

Menurut seorang peminat, Aishwarya perlu lebih banyak berlakon untuk melihatkan prestasi lakonannya yang sentiasa ditunggu-tunggu peminat.

Bagi membalas dakwaan tersebut, bintang filem Dhoom menegaskan Aishwarya tidak memerlukan persetujuannya untuk mengambil mana-mana tawaran berlakon.

Isterinya diberi kebebasan berlakon dalam sebarang naskhah jika dirasakan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI