fbpx

Umpan tiga remaja perempuan guna vape sebelum rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Tiga remaja perempuan menjadi mangsa rogol sekumpulan empat lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air pada 26 April lalu.

Semua mangsa yang masing-masing berusia 13 tahun itu dipercayai diumpan menggunakan vape perisa baharu sebelum dirogol.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang mangsa pada 27 April lalu yang menyatakan menjadi mangsa rogol berkumpulan di sebuah rumah tumpangan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian rogol berkumpulan itu turut membabitkan dua lagi rakannya dan empat lelaki yang tidak dikenali dan seorang perempuan berusia 17 tahun terbabit kejadian kejadian itu.

“Suspek empat lelaki dan seorang perempuan berkenaan dipercayai menegur ketiga-tiga mangsa ketika berada di sebuah pusat beli-belah sebelum memujuk semua mangsa untuk lepak di rumah tumpangan mereka yang terletak di Kampung Air.

“Sewaktu berada di rumah tumpangan terbabit, kesemua remaja perempuan itu telah diumpan untuk menghisap vape berperisa baharu.

“Semua mangsa hanya menuruti pelawaan suspek dan ketiga-tiga mereka tidak sedarkan diri sebelum mangsa dipercayai dirogol,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Mohd. Zaidi (enam dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Perumahan Polis IPK Sabah hari ini. – Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi berkata, sewaktu semua mangsa tersedar pada tengah malam, mangsa mendapati mereka dalam keadaan tidak berpakaian, manakala empat lelaki serta seorang perempuan terbabit menghilangkan diri.

“Ketiga-tiga mangsa mengesyaki mereka telah dirogol lalu membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaidi memaklumkan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu berjaya mengesan dan menangkap kelima-lima suspek termasuk remaja perempuan, pada 27 April lalu.

Menurut beliau, semua suspek berusia 13 hingga 17 tahun ditahan di sekitar bandar raya dan Telipok Ria, Tuaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI