fbpx

Ubat batuk tercemar dari India tidak berdaftar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat batuk yang dipercayai tercemar dari India

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa sirap ubat batuk dilaporkan tercemar dari India sebagai produk tidak berdaftar di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, semakan itu berdasarkan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“KKM mengambil maklum mengenai amaran yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 mengenai ubat berkenaan.

“Laporan tersebut merujuk kepada Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan oleh firma QP Pharmachem Ltd. di Punjab, India kerana dikesan sebagai sudah tercemar,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pengambilan produk itu turut dibimbangi boleh memberikan kesan sampingan seperti sakit pada bahagian abdomen, muntah, cirit-birit dan kesukaran buang air kecil.

“Pengguna juga berisiko untuk sakit kepala selain mengalami perubahan keadaan mental dan kecederaan yang teruk pada buah pinggang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI