fbpx

Trafik sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan semakin sesak ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan Hari Pekerja.

Menerusi Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama itu melibatkan kedua-dua arah.

“Bagi KLK, aliran trafik perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Dari sebelah utara pula, trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Port Dickson dan dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, dari selatan, trafik dilaporkan perlahan bagi laluan Gopeng ke Tapah, Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan Perai ke R&R Juru.

Sehubungan itu, LLM mengaktifkan lorong ‘Smartlane’ di Kilometer (KM) 259 hingga KM 262.3 arah Utara di antara Port Dickson ke Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI