fbpx

Tiga bulan tidak bertegur ibu bapa, gagal ke MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melanjutkan pelajaran ke MRSM menjadi cita-cita sebahagian pelajar untuk ke peringkat lebih tinggi. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pelajar tingkatan empat me­ngakui pernah tiga kali gagal permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menyebabkan ibu bapanya tidak bercakap dengannya selama tiga bulan.

Berkongsi cerita, pelajar yang ingin dkenali sebagai Shahril Mohd Ramli, 16, berkata, dia mula membuat permohonan ke MRSM selepas tamat belajar di peringkat sekolah rendah dan bertekad untuk belajar tingkatan satu di MRSM kerana ia impian keluarganya.

Dia kecewa apabila permohonannya ke MRSM ditolak ketika permohonan pertama dan turut gagal ketika rayuan.

Perkara itu memaksa dia meneruskan pembelajaran tingkatan satu di sekolah menengah harian biasa meskipun memperoleh keputusan cemerlang 5A, dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Keluarga kecewa apabila saya gagal masuk MRSM ketika tingkatan satu sebab keba­nyakan rakan kelas saya ramai yang berjaya dapat tempat di MRSM dan ada juga yang sambung belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Saya teruskan pembelajaran seperti biasa di sekolah mene­ngah kebangsaan harian di Kedah kerana dekat dengan rumah dan tekad buat yang terbaik untuk Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ketika itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Lebih menyedihkan, permohonan kali ketiganya untuk menyambung pelajaran di MRSM bagi tingkatan empat masih gagal sehingga membuatnya putus harapan lebih-lebih lagi apabila ibu bapanya sanggup memperlekehkan usahanya selama ini.

“Ibu ayah kata saya tak berguna, mereka habiskan banyak duit hantar saya ke tuisyen semata-mata untuk pastikan saya peroleh keputusan terbaik semasa PT3.

“Keputusan peperiksaan saya hanya memperoleh 7A 1B, dan disebabkan gagal mendapat kesemua A dalam lapan subjek, menambah lagi kemarahan orang tua saya dan mereka kata saya tak serius belajar,” luahnya.

Katanya, sebagai anak tunggal keluarga, sudah pasti dia berasa tertekan kerana sejak kecil ibu bapanya langsung tidak pernah memarahinya apatah lagi mengungkap kata-kata yang negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI