fbpx

Terlanggar lembu di jalan raya, pemilik wajib bayar ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Tuan lembu perlu membayar ganti rugi kepada individu yang terlanggar haiwan peliharaan tersebut jika kemalangan itu berlaku di jalan raya atau di laluan yang dikhaskan kepada kenderaan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, jika tuan lembu itu tidak membayar ganti rugi yang sepatutnya maka jumlah ganti rugi itu akan menjadi hutang walaupun pemilik itu telah meninggal dunia.

“Sekarang ni, jalan raya atau jalan yang ada dikhaskan untuk lembu atau untuk kenderaan? Jika jalan itu dikhaskan untuk kenderaan maka jika terlanggar lembu tuan lembu itu perlu bayar ganti rugi.

“Berbeza pula jika laluan itu adalah dikhaskan untuk lembu maka, jika terlanggar kita pula kena bayar kepada tuan lembu itu,” jelasnya dalam satu klip video ceramahnya baru-baru ini.

Tambah Azhar lagi, sekiranya tuan lembu itu tidak membayar ganti rugi, ia akan dianggap ‘zima’ lekat hutang sampai mati.

“Contohnya tuan lembu itu tiada duit, ganti rugi sepatutnya RM500. Bila tuan lembu tu meninggal dunia tidak boleh agih harta pusaka.

“Melainkan ambil dulu RM500 bayar kepada tuan kenderaan yang melanggar lembu itu dahulu barulah sah faraidnya,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI