fbpx

Sikap tamak punca ramai terjerat kes tipu dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (dua dari kiri) ketika Kempen "Be Smart, Stay Alert, Let's Fight Scam" di Gurney Plaza hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Jumlah kes penipuan dalam talian di daerah Timur Laut mencatatkan peningkatan sebanyak sebanyak 28.5 peratus iaitu 1,961 kes pada suku pertama tahun ini berbanding 1,816 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihak polis mendapati kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian masih berkurangan walaupun pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak polis.

“Setiap tahun kita dapati berlaku peningkatan kes jenayah penipuan dalam talian di mana pada tahun 2021 sebanyak 5,228 kes dilaporkan manakala pada 2022 pula sebanyak 5,861 kes dicatatkan.

“Pada suku pertama tahun ini juga berlaku peningkatan kes penipuan dalam talian iaitu 1, 961 kes dan ia adalah peningkatan kira-kira 100 kes penipuan yang dilaporkan berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya selepas menghadiri kempen Be Smart, Stay Alert, Lets Fight Scam di sini hari ini.

Kempen tersebut merupakan anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Lions Club dan pihak polis daerah Timur Laut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penipuan siber. Turut hadir ialah Pengerusi MCPF, Felix Chuah dan Pengerusi Lions Club, KK Loy.

Menurut Soffian, jenayah dalam talian membabitkan penipuan e-dagang merupakan antara jenayah siber yang kerap dilaporkan di daerah Timur Laut.

“Ini disusuli dengan jenayah Macau Scam dan juga penipuan tawaran kerja di dalam talian.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana ada mangsa yang turut kerugian wang selepas terpedaya dengan penipu-penipu di alam maya, bayangkan ada yang mahu mencari kerja, namun tertipu sehingga kerugian ribuan ringgit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI