fbpx

Siasat segera lebih 30 Datuk, Dato’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) menunjukkan laporan polis mengenai isu Datuk palsu itu hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Dato’ dan Datuk Malaysia (MDDM) menggesa polis supaya menyiasat lebih 30 individu yang menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak diiktiraf di negara ini.

Kesemua individu itu didakwa melibatkan sektor korporat dan hiburan selain personaliti perniagaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Exco MDDM, Datuk Abdul Razak Dawood berkata, pihaknya menerima lebih 15 aduan daripada orang ramai mengenai isu berkenaan sejak awal tahun ini.

“Pemerhatian kami juga mendapati individu bergelar Datuk atau Dato’ palsu itu menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi dan sekadar suka-suka. Perkara itu ternyata menyalahi undang-undang sekali gus institusi Diraja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM), pihaknya tampil membuat sembilan laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya berhubung isu berkenaan pagi tadi.

“Lapan daripada laporan itu berkaitan lapan individu yang menggunakan gelaran palsu atau tidak sah. Manakala, satu lagi laporan melibatkan lebih 20 individu yang tersenarai dalam notis awam di sebuah negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut Akta Kesalahan Berkaitan Anugerah 2017 (Akta 787).-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI