fbpx

Raih RM15,000 sebulan, hanya dengan jual belut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozlan menunjukkan belut liar yang dikumpulkan di dalam kolam sementara sebelum dipasarkan di seluruh negara.

PETALING JAYA – Bermula dengan menjual belut liar secara kecil-kecilan, seorang lelaki dari Masjid Tanah, Melaka kini berjaya meluaskan pasaran ke seluruh negara, malah meraih pendapatan sehingga RM15,000 sebulan.

Rozlan Zainal, 45, berkata, berkat kegigihannya memajukan perniagaan itu sejak tahun 2015, dia sekarang mampu menjual belut seberat 6 tan sebulan.

Menurutnya, dia telah berjaya memasarkan belut liar ke Melaka, Negeri Sembilan, Se­langor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Dalam seminggu, saya kena bekalkan antara 1.2 hingga 1.5 tan belut kepada kedai-kedai makan dan pemborong.

“Belut ini dipanggil ‘belut pisang’ yang bersaiz besar serta ditangkap liar di sekitar Pahang, sebab itu ia lebih berkualiti dan rasanya lebih sedap,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Belut liar yang dikumpulkan di dalam kolam transit milik Rozlan.

Menggunakan jerat tukir dan berumpankan ikan sepat sebagai kaedah tangkapan, belut liar jualan Roslan turut mendapat permintaan tinggi dalam kala­ngan pemilik restoran Thailand.

Katanya, hampir 70 peratus kedai makanan Thailand di Me­laka mengambil bekalan belut daripadanya setakat ini.

“Saya juga hantar (belut liar) kepada lebih 60 pembekal di seluruh negara. Belut yang saya jual bukan sahaja mempunyai rasa yang enak, malah berkhasiat dan ia sedap dimasak sup, goreng berlada dan paprik.

“Penghantaran kebiasaannya saya buat sendiri menggunakan lori dengan dibantu anak-anak. Tugasan ni biasanya bermula dari petang hingga malam bergantung kepada lokasi,” ujarnya.

Roslan berkata, belut liar mudah diuruskan kerana tahan lasak dan risiko mati rendah.

“Semuanya belut liar yang dtangkap akan dimasukkan ke dalam kolam transit.

“Waktu kutip hasil dari pagi hingga petang termasuk kerja-kerja pengasingan belut mengikut saiz dan timbang berat de­ngan kekuatan 40 pekerja.

“Belut liar sangat senang dijaga, makanannya pun saya cuma beri makan anak-anak ikan dan kangkung sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI