fbpx

Pilih kerja lain kerana gaji diterima kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembuatan labu sayong memerlukan kemahiran tertentu bagi menjamin kualiti yang dihasilkan. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA KANGSAR – Rasa kecewa terhadap industri labu sayong menyebabkan ada segelintir graduan dalam jurusan kraf tangan memilih untuk beralih ke bidang lain yang lebih menjamin masa depan.

Bagi seorang bekas pelajar terbaik jurusan Diploma Seni Kraf Seramik Institut Kraf Negara (IKN), Mohamad Nor Syazwan Mohd. Suhaimi, dia meninggalkan industri tersebut pada empat tahun lalu dan memilih kerjaya sebagai pekerja penyelenggaraan di sebuah kilang di sini.

Menurutnya, keadaan industri yang suram ketika itu menyebabkan segelintir usahawan kraf tangan berpandangan bidang itu tidak mempunyai masa depan.

“Secara peribadi, saya berpandangan industri ini mempunyai masa depan yang cerah jika diusahakan dengan betul.

“Mungkin pada ketika itu, saya berada dalam kelompok pemain industri yang salah, menyebabkan tiada galakan diberikan, ditambah pula dengan masalah-masalah lain seperti pembayaran gaji,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Nor Syazwan mengakui gaji rendah yang ditawarkan ketika itu iaitu RM1,200 adalah kerana dia dan rakan-rakan masih baharu dalam industri.

Bagaimanapun, ujarnya, dia hanya menerima separuh daripada gaji dijanjikan iaitu kira-kira RM650 sahaja.

“Saya cuba bertahan selama enam bulan dengan gaji separuh itu tetapi akhirnya tidak mampu lagi. Akhirnya kami memilih untuk berhenti dan memikirkan semula masa depan,” katanya.

Bagi seorang lagi graduan yang mahu dikenali sebagai Man, 26, dia mengakui kerjaya dalam bidang lain terutama berkaitan perkhidmatan dan teknologi le­bih memberi pendapatan kepada pemuda sepertinya.

“Semua tahu, industri kraf tangan tidak begitu berkembang dan dianggap agak ketinggalan menyebabkan graduan beralih ke bidang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI