fbpx

Orang terima hukuman ada hak pengampunan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap orang yang dijatuhkan hukuman mempunyai hak mendapat pengampunan.

Anwar berkata, setiap permohonan yang dilaksanakan akan diteliti terlebih dahulu sebelum Lembaga Pengampunan pertimbang berhubung suatu pengampunan berkenaan.

“Setiap orang yang dijatuhkan hukuman, ada hak untuk membuat permohonan pengampunan.

“Dengan setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta untuk mengulas isu pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, UMNO yakin Lembaga Pengampunan akan memilih waktu paling sesuai bagi membincangkan agenda pengampunan bekas Najib.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku sekretariat kepada Lembaga Pengampunan akan menguruskan perkara itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh BHEUU JPM kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI