fbpx

Luahan: Utamakan pekerja selamat pergi balik dari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJIKAN harus menyediakan program penerangan kepada pekerja agar lebih berhati-hati ketika berulang-alik ke tempat kerja. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disambut pada 28 April di seluruh dunia bermula pada 2003 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Sambutan ini menekankan aspek pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui kekuatan tripartite dan dialog sosial.

Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini juga disambut setiap tahun di negara kita sebagai sokongan dalam mementingkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

Isu keselamatan dan kesihatan setiap pekerja perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak, terutamanya pihak majikan seperti yang jelas termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514).

Perlu ditekankan, aspek penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerja tidak hanya meliputi ditempat kerja sahaja, malah harus juga meliputi ketika seseorang pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

Walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus mengenai perkara ini, namun majikan tidak boleh lepas tangan kerana ia melibatkan nyawa pekerja mereka sendiri, reputasi majikan dan syarikat secara keseluruhan.

Pada awal Februari lalu, media mendedahkan, terdapat 60,000 kes kemalangan meliputi kemalangan di tempat kerja, kemalangan dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja serta penyakit khidmat yang diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap tahun.

Pada 2022, 64,168 kes kemalangan dilaporkan kepada Perkeso dan daripada jumlah itu, sebanyak 35,015 kes adalah kemalangan industri atau kemalangan di tempat kerja, manakala 29,153 kes pula melibatkan kemalangan perjalanan dan berulang-alik ke tempat kerja.

Sepanjang tempoh itu, 609 pekerja maut ketika perjalanan pergi dan balik.

Secara realitinya, amat sukar untuk majikan memastikan keselamatan setiap pekerja mereka yang
berulang- alik ke tempat kerja.

Kadangkala kemalangan yang berlaku di atas jalan raya yang melibatkan pekerja mereka juga berlaku di luar kawalan.

Walaupun begitu, majikan perlu sekurang-kurangnya menyediakan satu bentuk polisi, prosedur serta program penerangan, latihan dan pendidikan mencukupi kepada setiap pekerja mereka untuk lebih berhati-hati ketika berkerja serta ketika berluang-alik ke tempat kerja.

Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Mallow
Fakulti Syariah dan Undang–Undang Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI