fbpx

Lelaki Pakistan maut terpelosok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan lelaki Pakistan yang terpelosok di bawah Toyota Camry dalam kemalangan di Jalan Bypass-Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga negara Pakistan maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah Toyota Camry di Jalan Bypass Kota Tinggi petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Rahman Hazrat, 31, maut di lokasi kejadian manakala pembonceng Altaf, 37, mengalami cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Shahrulnizam Johari berkata, seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis motosikal Honda Wave dan sebuah kereta jenis Toyota Camry.

“Seorang mangsa merupakan penunggang motosikal telah terbabas dan masuk ke bahagian bawah kereta berkenaan. Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada pukul 4.22 petang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI