fbpx

Komplot jatuhkan kerajaan tiada asas – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Komplot bagi menjatuhkan kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jentera kerajaan yang ada ketika ini dibawah pimpinannya sangat komited dalam menjalankan tugas masing-masing terutama bagi membela nasib rakyat.

“Tiada asas, kita tumpu kerja. Dia (mereka) tiada komplot, dia nak kerja apa. Justeru, mereka jalankan tugas mereka maka kita jalankan tugas kerajaan setiap bulan mereka ada strategi.

“Setakat yang kita pantau keadaan (Kerajaan ketika ini) cukup kuat. Tetapi, apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.

“Jangan layan pengingau-pengingau macam ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kononnya terdapat 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit dalam komplot menggulingkan kerajaan dan mendakwa mereka ingin meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi membolehkan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Difahamkan, laporan itu menyebut beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI