fbpx

Hujan lebat landa 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap empat negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dijangka di negeri Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan juga Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Keadaan sama turut akan berlaku di Sarawak, sekitar Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah pula, cuaca sama diramal landa sekitar kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI