fbpx

Gadis OKU hilang selepas pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Adriana Natasya ditemui selamat di rumah rakannya di Hutan Melintang, Perak.

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan hilang di rumahnya di Meru, Klang sejak 28 April lalu selepas pulang beraya bersama keluarga.

Berita itu tular di media sosial apabila keluarganya giat membuat pencarian bagi mengesan gadis tersebut, Nur Adriana Natasya Noor Sazli yang berusia 17 tahun.

Kakak sulungnya, Nur Amira Natasya Sazli, 20, berkata, kehilangan adik perempuanya itu disedari keluarga pada awal pagi Jumaat lalu selepas pulang beraya daripada kampung di Perak.

Menurut Nur Amira, ahli keluarganya kini amat bimbang dengan keadaan adiknya yang menghidap disleksia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

“Kami baru sahaja pulang beraya dari Perak dan bila bangun sahaja, sedar-sedar Adriana hilang kira-kira pukul 5 pagi.

“Sekarang dah masuk empat hari masih tak jumpa. Kita takut dia diapa-apakan kerana dia ada ADHD dan disleksia,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Kata Nur Amira, keluarganya sebelum ini berjaya mengesan lokasi terakhir adiknya iaitu di Ampang dan Damansara.

“Saya dah hubungi semua rakan-rakan terdekat dan cuba jejak telefon dia melalui emel tetapi gagal mengesan Adriana. Sekarang, kami mencari berdasarkan pertolongan orang ramai yang mungkin ternampak adik saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Amira berkata, dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berhubung perkara terbabit.

“Jika ada yang ternampak adik saya boleh hubungi ahli keluarga di talian 01112824718,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI