fbpx

EPL: Ratcliffe ‘tinggalkan’ Sheikh Jassim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATCLIFFE dilaporkan mengemukakan tawaran yang lebih menarik untuk proses bidaan ketiga menyebabkan peluangnya menguasai United lebih cerah. – AFP

MANCHESTER – Bilionaire Bri­tain, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan sedang mendahului perlumbaan mendapatkan hak pemilikan kelab Manchester United apabila bidaan ketiganya lebih tinggi berbanding pencabar utama, Sheikh Jassim.

Proses penjualan kelab ber­kenaan memasuki fasa kritikal ketika ini melibatkan bidaan ketiga yang sudah diselesaikan pada tarikh tutupnya kelmarin.

Ratcliffe yang juga merupakan pemilik Kumpulan INEOS dan Sheikh Jassim yang menguasai Yayasan Qatari Nine Two sudah mengemukakan tawaran ber­kenaan kepada Raine Group yang bertanggungjawab menguruskan proses bidaan berkenaan.

Sheikh Jassim membuat tawaran untuk membeli keseluruhan pemilikan kelab, manakala Ratcliffe hanya membida 69 pe­ratus saham kelab tersebut dan selebihnya akan terus menjadi milik keluarga Glazer.

Laporan terbaharu menyaksikan Ratcliffe mungkin berjaya menewaskan Sheikh Jassim apabila mengemukakan bidaan lebih tinggi iaitu sebanyak £5 bilion (RM28.03 bilion) berbanding hartawan Qatar yang hanya mengemukakan tawaran kurang daripada jumlah berkenaan untuk menguasai keseluruhan kelab.

Bagaimanapun, kedua-dua tawaran tersebut masih kurang daripada apa yang diinginkan oleh Keluarga Glazer yang meletakkan tanda harga £6 bilion (RM33.64) untuk mereka melepaskan penguasaan kelab itu.

Pilihan lain yang diberikan oleh Ratcliffe adalah dengan INEOS memegang 50 peratus saham kelab tersebut, sementara keluarga Glazer yang diwakili oleh Joel dan Avram masih diberikan saham minoriti.

Ratcliffe dan Sheikh Jassim bukanlah dua pihak yang berminat untuk mengambil alih kelab berkenaan dan tawaran mereka tidak mustahil untuk ditolak oleh keluarga Glazer kerana beberapa pihak lain seperti Elliott Mana­gement, The Carlyle Group dan Ares Management turut mengintai peluang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI