fbpx

Duta Malaysia sahkan Mesir amal semula DST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mesir kembali melaksanakan Daylight Saving Time (DST) atau masa siang dijimatkan iaitu kurang sejam daripada waktu sebelum ini yang bermula pada 27 April lalu.

Perkara berkenaan disahkan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi beliau bagi menjelaskan isu kekeliruan masa tersebut.

“Mesir melaksanakan semula DST dan ini bermakna beza waktu antara Mesir dengan Malaysia adalah lima jam ke belakang berbanding enam jam yang sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, pelaksanaan semula DST bukan sekadar isu perubahan tempoh waktu malahan ia dibuat atas pertimbangan tertentu dari segi ekonomi dan sosial.

“Langkah memperkenalkan kembali DST sebagai usaha kerajaan Mesir bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI