fbpx

Dua ditahan tidak sempat jual ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas air ketum yang siap dibungkus serta daun ketum dalam satu operasi khas di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Balik Bukit, Lunas, Kulim, semalam.

KULIM – Dua lelaki tidak sempat menjual air ketum yang sudah diproses selepas di serbu polis dalam satu operasi Ops Tapis Khas di Kampung Balik Bukit, Lunas, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu dua lelaki berusia 39 dan 27 tahun berjaya ditahan bersama daun ketum yang belum diproses, air ketum yang sudah dibungkus serta beberapa peralatan memasak dirampas dengani nilai keseluruhan RM3,350.

Ketua Polis Daerah Kulim,Superintendan Mohd Redzuan Salleh,berkata operasi tersebut dijalankan di kawasan ladang kelapa sawit kampung berkenaan selepas menerima maklumat awam.

Katanya sepasukan anggota polis kemudian menyerbu sebuah pondok yang tidak bernombor di ladang tersebut yang dipercayai menjadi tempat memproses air ketum.

“Ketika serbuan dilakukan polis berjaya menahan dua suspek di dalam pondok terbabit yang disyaki sedang memproses air ketum. Hasil pemeriksaan di dalam pondok terbabit kita menemui sejumlah 330 bungkusan air ketum yang sudah siap dimasak yang dianggarkan bernilai RM1,650,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Redzuan polis turut menemui 38 guni yang mengandungi daum ketum belum diproses dengan anggar berat 190 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,900.

Ujarnya, beberapa peralatan memasak seperti periuk, tong gas, dapur serta peralatan bungkusan air ketum turut dirampas dan siasatan lanjut mendapati salah seorang dari mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Tambahnya dua suspek terbabit direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI