fbpx

Cekal besarkan 4 anak selepas kematian suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NUR AISHAH bersama empat anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Michu, Hulu Langat, baru-baru ini.

Hulu Langat – Seorang wa­nita tidak menyangka akan menjadi ibu tunggal kepada empat anaknya selepas suaminya me­ninggal dunia dalam kemalangan motosikal 12 hari sebelum Ramadan.

Siti Nur Aishah Mohd. Ali, 31, berkata, sejak berkahwin 11 tahun lalu, dia meneruskan tanggungjawab sebagai suri rumah dan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada suaminya yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Katanya, selepas kehilangan suami, sumber pendapatan utama keluarga juga hilang dan kini tanggungjawab membesarkan anak-anak berusia dari empat hingga 10 tahun digalas olehnya.

“Saya sekarang perlu kuat untuk anak-anak. Empat hari pertama pemergian arwah sangat sukar buat saya, sebab selalu termenung melihat jam dan pintu, dulu dapat fikirkan masalah keluarga dengan suami, sekarang semua fikirkan sendiri.

“Saya tak tahu di mana nak mendapatkan bantuan untuk anak-anak. Anak semua kecil lagi, dari persiapan sekolah awal pagi sampai balik sekolah dan juga malam saya perlu uruskan seorang diri.

“Sama ada bekerja semula atau tidak saya belum putuskan lagi. Sekarang fokus nak besarkan anak sebab mereka kecil lagi dan saya tak mahu berasa jauh dan terbiar tanpa kehadiran saya,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Nur Aisyah, untuk bulan Ramadan lalu, dia ha­nya mampu bergantung kepada adiknya dan juga adik ipar yang menetap dengannya untuk membantu menguruskan keperluan harian anak-anak.

Tambahnya, tidak dinafikan dirinya sedikit sebanyak mula merasakan beban tanggungjawab yang digalas suaminya kini dialihkan ke bahunya.

“Empat-empat anak saya sekarang sekolah, yang kecil menangis kalau tak hantar ke Taska, jadi wang saku harian ke sekolah dulu suami bagi, sekarang giliran saya berbuat demikian.

“Kalau diberikan mana-mana bantuan, saya terima sahaja dengan hati terbuka. Saya inginkan yang
terbaik untuk anak-anak dan paling penting, ingin melihat mereka jadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan arwah bapa mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia tidak tahu bantuan mana yang boleh diperoleh dan belum memohon daripada mana-mana pihak dan setakat ini, hanya menerima bantuan daripada Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso) sahaja.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Siti Nur Aishah sekeluarga, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 162179815384 atau menghubu­nginya di talian 018-293 6304.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI