fbpx

Akka Nasi lemak jadi fenomena, pelanggan sanggup beratur 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana memaparkan pelanggan sanggup beratur panjang ketika ingin membeli nasi lemak di gerai milik Sangeeta di Seri Kembangan, Selangor.

PETALING JAYA – Akka Nasi Lemak yang diusahakan seorang wanita berbangsa India di Seri Kembangan, Selangor menjadi fenomena apabila video gerainya yang dimuat naik di media sosial telah tular.

Orang ramai tanpa mengira kaum dilihat sanggup beratur dan menunggu sehingga tujuh jam bagi mendapatkan nasi lemak yang dibuatnya dengan lebih lima jenis lauk pilihan disediakan.

Difahamkan, gerai nasi lemak milik M. Sangeeta itu beroperasi bermula pukul 7 pagi sehingga selesai, namun ada pelanggan yang sanggup menunggu seawal 4 pagi agar tidak terlepas untuk merasai keenakan makanan kesukaan rakyat Malaysia.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai pembeli memberi maklum balas positif mengenai rasa nasi lemak berkenaan selain menjadi kesukaan dalam kalangan pelanggan Melayu.

“Sedap nasi lemak ini, selalu makan nasi lemak air tangan orang Melayu, kali ini hasil masakan kakak India. Memang ‘ngan-ngam soi’ (kena dengan tekak), orang Seri Kembangan wajib cuba, dijamin sedap,” kata seorang pengguna.

“Jarang betul jumpa nasi lemak dimasak peniaga bangsa lain, kali ini sampai pelanggan sanggup beratur berjam-jam, viral sampai luar Selangor la Akka Nasi Lemak ini,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI