fbpx

Ada pengumuman baik buat pengamal media – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberitahu akan ada berita baik untuk pengamal media dalam tempoh terdekat.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pengumuman baik buat para pengamal media itu menjelang Hari Wartawan Nasional (Hawana).

“Kementerian Komunikasi Dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.

“Insya-Allah akan ada beberapa pengumuman baik buat para pengamal media menjelang Hawana ,” katanya.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.

Terdahulu, Fahmi berkata, kedudukan Malaysia ditangga ke-113 Indeks Kebebasan Akhbar 2022 merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan.

Menurut beliau, pencapaian itu menjadi pemangkin untuk semua pihak terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI