fbpx

1.75 juta kenderaan bakal masuki ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Plaza Tol Bentong.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.75 juta kenderaan akan berada di atas lebuh raya utama menjelang malam ini berbanding 1.7 juta kenderaan yang memasuki ibu negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tamat cuti persekolahan serta bermulanya sesi persekolahan esok antara faktor pertambahan kenderaan atas jalan raya.

“Ada juga faktor ibu bapa akan menghantar anak mereka kembali ke asrama di seluruh negara. Semua pengguna jalan raya diingatkan supaya terus mengekalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati dalam mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mat Kasim, laluan mendaki dan berbukit selain penukaran laluan dari tiga lorong kepada dua lorong dijangka akan berlakunya kesesakan.

“Pegawai dan anggota JSPT dengan dibantu polis kontinjen dan polis daerah di setiap kawasan sentiasa memantau perkembangan setiap laluan, di samping melancarkan pergerakan di kawasan berlaku kesesakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI