fbpx

Trend potong gambar pasangan ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pasangan selebriti yang dilihat berkongsi gambar raya tetapi memotong sebahagian gambar mereka.

SEPANJANG seminggu kita semua menyambut hari raya, macam-macam perangai artis dapat dilihat.

Antara yang menarik perhatian Diva ialah trend crop (potong) gambar pasangan dan muat naik dalam media sosial.

Salah seorang yang melakukannya ialah Dini Schatzmann apabila memuat naik sekeping foto tetapi jelas sedang bergambar bersama seorang wanita dipercayai Janna Nick.

Netizen kalau buat kerja memang pantas! Baju yang dipakai wanita tersebut dikatakan sama seperti Janna. Jadi, memang sah hubungan mereka sudah pulih.

Melihat foto tersebut, Diva terfikir, apakah nanti ada pengumuman yang bakal Dini lakukan nanti berkaitan hubungan mereka atau hendak kahwin?

Selain Dini, Watie Hanafiah juga antara yang mengundang perhatian apabila memuat naik foto yang memotong badan seorang lelaki dipercayai Shuib.

Sejak 1 Syawal lalu, rancak betul mereka berbaju sedondon. Semoga urusan perancangan perkahwinan nanti lancar!

DIVA: Musim Covid-19 kembali mengganas. Pakai pelitup muka ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI